Advertisement

Wanita Kota Marudu Reka Cerita Dirompak, Rupanya Gadai Emas Demi Hutang – Sabah News





KOTA MARUDU: Siasatan pihak polis mendapati dakwaan seorang wanita 29 tahun dirompak di Pekan Tandek hanyalah rekaan sebagai alasan telah menggadai emas bagi melangsaikan hutang.

Ibu mangsa yang berusia 49 tahun membuat laporan polis pada malam Jumaat, kononnya anaknya itu telah diserang oleh dua lelaki bermotosikal dan kehilangan tiga gelang emas serta seutas rantai leher.

Beliau turut mendakwa mangsa mengalami kecederaan fizikal akibat kejadian tersebut.

Ketua Polis Kota Marudu, Superintendan Simiun Lomudin berkata, hasil siasatan polis dan temubual bersama wanita itu serta suaminya di Hospital Lotong mendedahkan bahawa kejadian rompakan itu direka semata-mata untuk menutup tindakan sebenar mangsa yang telah menggadaikan barang kemas tersebut bagi melangsaikan hutang.

“Kes masih dalam siasatan dan orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat spekulasi atau menyebarkan khabar angin yang boleh mengganggu proses penyiasatan,” katanya dalam sebuah kenyataan media.