Advertisement

Wanita Warga Asing Ditahan, Disyaki Terlibat Kes Curi di Kg Muhibah Raya  – Sabah News





TAWAU: Seorang wanita warga asing ditahan polis semalam kerana disyaki terlibat dalam satu kes kecurian di Kampung Muhibah Raya, baru-baru ini.

Polis Tawau memaklumkan, semasa berada di rumah bertempat di kampung tersebut, pengadu mendapati beberapa barang peribadi milik isteri dan anak termasuk wang tunai hilang disyaki diambil oleh seorang wanita berumur 20an.

“Beliau tampil membuat laporan di balai polis susulan kejadian itu.

“Bertindak atas laporan polis yang dibuat, sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Tawau telah membuat serbuan di sebuah rumah di Jalan Tengku Osman dan menahan seorang wanita disyaki terlibat dengan kes yang disiasat.

“Siasatan awal juga mendapati suspek telah menetap di Malaysia tanpa sebarang dokumen perjalanan diri yang sah,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Suspek dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.