PENAMPANG: Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) Penampang kini giat mengesan dan mencari seorang lelaki yang dilaporkan hilang sejak 1 April lalu.
Mangsa, Lee Sai Long, 40 tahun Dan berbangsa Cina itu dilaporkan hilang di kediamannya di The Garden Condominium, Taman Farmosa, Jalan Bundusan Penampang.
Polis Penampang dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menerima laporan Orang Hilang (OH) itu pada sekitar jam 7.04 malam 1 April lalu.
“Pada 1 April 2025 jam lebih kurang 7.04 malam, Ibu Pejabat Polis Daerah Penampang telah terima satu laporan polis berkaitan Orang Hilang (OH) bersabit bersabit Penampang/2954/2025.
“Kenderaan jenis Toyota Hilux Vigo, No. Pendaftaran : SAB 4014 M, Warna : Silver yang sering digunakan oleh mangsa turut hilang bersama.
“Pohon kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan Orang Hilang ini untuk tampil ke mana-mana Balai Polis terdekat atau terus menghubungi IPD Penampang di talian 088-712222,” katanya di sini hari ini.