Advertisement

Konsert Dua Dekade ‘Kotak X Ello’, Dua Nama Besar Dari Indonesia Di KK 14 Jun Ini – Sabah News

KOTA KINABALU: Buat julung-julung kalinya, dua nama besar dari Indonesia dibawakan di atas satu pentas di Kota Kinabalu, Sabah pada 14 Jun akan datang.

Kotak dan Ello dihadiahkan kepada para peminat di Sabah atas nama KONSERT 2 DEKADE – KOTAK X ELLO – LIVE IN MALAYSIA.

Pihak penganjur iaitu NS Show Connects Sdn Bhd dibantu oleh ITCC Penampang menlaksanakan konsert itu bermula jam 8 malam untuk memperingati ulang tahun ke-20 penglibatan dua artis ini dalam industri muzik.

“Konsert ini adalah konsert khas yang menampilkan dua artis terkemuka dari Indonesia serta untuk meyambut ulang tahun ke-20 penglibatan Kotak dan Ello dalam industri muzik.

“Malaysia, khususnya Sabah telah dipilih sebagai satu-satunya destinasi konsert di luar Indonesia untuk acara istimewa ini
dan Kota Kinabalu diberi penghormatan untuk menganjurkan konsert tersebut,” ujar Alfian Basir mewakili NS Show Connects Sdn Bhd.

“Tidak sabar untuk bertemu mata dengan para peminat di Sabah dan kami menyambut baik penganjuran konsert yang menggabungkan kami dan Ello dalam satu pentas,” ujar Tantri mewakili kumpulan Kotak.

Kotak merupakan kumpulan muzik rock terkenal yang terdiri daripada tiga pemuzik berbakat iaiti Tantri, Chua dan Cella.

Kotak telah menghasilkan banyak album sepanjang 20 tahun yang lalu. Kotak juga telah memenangi pelbagai anugerah muzik di Indonesia dan juga di peringkat antarabangsa.

Marcello Tahitoe, atau lebih dikenali sebagai Ello, ialah seorang penyanyi berbakat di Indonesia yang telah menghasilkan beberapa album dalam tempoh 20 tahun yang lepas. Beliau turut menerima pelbagai penghargaan Anugerah Muzik Indonesia di sepanjang karier muzik ya.

Ello kini juga dikenali sebagai salah seorang penyanyi utama kumpulan Rock legenda, Dewa 19.

Jualan tiket bermula pada hari Jumaat, 11 April 2025, jam 11 pagi di laman web Ticket2U (www.ticket2u.com.my)