Advertisement

Tiga Lelaki Ditahan Bersama Cecair Dadah Vape Di Sandakan – Sabah News





SANDAKAN: Polis berjaya menahan tiga lelaki dalam serbuan Ops Tapis Narkotik pada 7 dan 8 April di dua lokasi berasingan iaitu di Bandar Prima dan Bandar Indah Jaya, Batu 4.

Ketua Polis Daerah Sandakan, ACP Ahsmon Bajah berkata, serbuan dijalankan yang mendedahkan trend membimbangkan melibatkan penjualan dan penggunaan cecair vape yang disyaki mengandungi dadah berbahaya.

“Dalam operasi itu, polis merampas syabu serta cecair vape yang disyaki mengandungi bahan terlarang.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Ahsmon berkata tangkapan itu adalah sebahagian daripada operasi berterusan yang dilancarkan sejak 29 Mac lalu bagi membanteras kegiatan pengedaran dan penagihan dadah di seluruh Sandakan.

“Sehingga kini, seramai 18 individu termasuk warga tempatan dan bukan warganegara telah ditahan sepanjang operasi dijalankan,” katanya.