Advertisement

PM Ke-5, Tun Abdullah Ahmad Badawi Meninggal Dunia di Usia 85 Tahun – Sabah News

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Malaysia ke-5, Tun Abdullah Ahmad Badawi, telah meninggal dunia hari ini pada usia 85 tahun.

Berita pemergiannya di Institut Jantung Negara (IJN) telah disahkan oleh menantunya, Khairy Jamaluddin, menerusi satu hantaran di media sosial.

“Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan menempatkannya dalam kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah,” tulisnya.

Dilahirkan pada 26 November 1939 di Bayan Lepas, Pulau Pinang, Abdullah memegang jawatan Perdana Menteri dari 31 Oktober 2003 hingga 3 April 2009, selepas peletakan jawatan Tun Dr Mahathir Mohamad.