Advertisement

Curi Buah Kelapa Sawit, Lelaki Ditahan di Pulau Sebatik – Sabah News

TAWAU: Seorang lelaki dipercayai terlibat dengan kes kecurian yang berlaku baru-baru ini telah diserahkan kepada pihak polis (PDRM) Tawau untuk tindakan lanjut.

Polis Tawau dalam satu kenyataan memaklumkan, kejadian berlaku di sebuah ladang kelapa sawit di Pulau Sebatik, Tawau.

“Ketika Polis Bantuan melakukan rondaan di sekitar kawasan ladang, mereka telah terserempak dengan seorang lelaki disyaki telah menceroboh dan mencuri hasil buah kelapa sawit.

“Suspek yang lengkap membawa peralatan untuk memotong tandan dan pelepah sawit itu ditahan dan hasil siasatan awal mendapati lelaki tersebut adalah bukan pekerja ladang.

“Suspek yang berumur 29 tahun bersama barang rampasan iaitu dua batang sabit dan sebilah parang kemudiannya diserahkan ke Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau,” katanya di sini, semalam.

Kes akan disiasat dibawah seksyen 447 Kanun Keseksaan.