Advertisement

Sabah Mengalu-Alukan Lebih Ramai Pelabur, Termasuk Dari AS – KM HAJIJI – Sabah News

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor mengalu-alukan lebih ramai pelabur ke Sabah termasuk dari Amerika Syarikat untuk melabur dalam perdagangan, pendidikan dan kebudayaan.

Beliau memetik Conoco Phillips, sebuah syarikat minyak dan gas Amerika Syarikat, yang berjaya dengan pelaburannya di Malaysia dan Sabah.

“Sabah akan terus memudahcara persekitaran yang kondusif dan mesra pelabur untuk menarik lebih banyak pelaburan ke negeri ini,” katanya ketika bertemu dengan Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia, Edgard D. Kagan di Bangunan Dewan Undangan Negeri pada Selasa.

Semasa kunjungan hormat itu, Kagan turut memaklumkan Hajiji mengenai cadangan kerjasama antara Zoo Oregon dan Jabatan Hidupan Liar Sabah untuk pertukaran pengetahuan dan pembinaan kapasiti.