KOTA KINABALU: Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) menafikan dakwaan bahawa 2,500 ahlinya di Kuamut telah menyertai Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
Setiausaha Agung KDM, Willie Jude berkata, jumlah itu tidak wujud kerana penyelaras DUN Kuamut tidak pernah menghantar borang keahlian ke ibu pejabat parti.
“Angka 2,500 itu rekaan semata-mata. Dia pun tidak pernah guna logo parti dalam sebarang program. Ini hanya gimik politik,” katanya.
Beliau mengulas video tular yang mendakwa Ketua Bahagian KDM Kinabatangan, Laising Podok telah menyertai GRS bersama 2,500 ahli.
Menurut Willie, tindakan Laising tidak memberi kesan kepada KDM, malah disifatkan sebagai satu kelegaan menjelang PRN ke-17 memandangkan terdapat banyak aduan terhadapnya sebelum ini.
“KDM Kinabatangan akan terus fokus hadapi PRN17,” tambahnya.