Advertisement

Pemilihan PKR Sabah: Christina Liew Tewas, Mustapha Kekal Terajui Kota Belud – Sabah News

KOTA KINABALU: Menteri Pelancongan Sabah, Datuk Christina Liew tewas jawatan Ketua Cabang PKR Kota Kinabalu kepada Lee Li Mei yang meraih 1,381 undi, berbanding 1,157 undi.

Di Kota Marudu, Ketua AMK Sabah, Zaini Jatil menewaskan Setiausaha PKR Sabah, Sazalye Donol Abdullah dengan 1,031 undi dalam saingan empat penjuru.

Datuk Mustapha Sakmud mempertahankan jawatan Ketua Cabang Kota Belud dengan 1,405 undi, menewaskan dua pencabar lain.

Turut kekal ialah Datuk Peto Galim di Sepanggar, dan Datuk Dr Sangkar Rasam di Keningau yang menewaskan adiknya sendiri.

Di Pensiangan, Datin Rufinah Pengeran merampas jawatan Ketua Cabang daripada anak saudara suaminya, Raymond Ahuar, dengan majoriti besar.

Ketua Penerangan PKR Sabah, Razeef Rakimin kekal di Tuaran, manakala Awang Husaini Sahari menang di Putatan.