Advertisement

Tamu Desa Pelakat Pusat Niaga Baru Komuniti Sipitang – Sabah News

SIPITANG: Tamu Desa Kampung Pelakat yang dirasmikan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick, akan menjadi pusat keusahawanan baharu bagi komuniti menjual hasil pertanian dan laut.

Ahli Dewan Undangan Negeri Sindumin, Datuk Dr Yusof Yacob berkata, tamu yang berlangsung setiap Ahad ini memberi peluang besar kepada usahawan tempatan.

“Ini game changer bagi kami. Saya sarankan usahawan ambil peluang ini, lebih-lebih lagi dengan pembukaan enam kilang besar di SOGIP yang bakal menarik 25,000 penduduk ke daerah ini,” katanya.

Beliau menyatakan produk seperti keropok, kerepek dan buah-buahan laut sudah mula dijual, menunjukkan potensi pasaran.

Selain itu, Ewon mengumumkan penjimatan bajet pelaksanaan Tamu Desa 2024 akan digunakan untuk menaik taraf tamu sedia ada.

Dr Yusof turut mencadangkan tamu baharu di Kampung Mendulong bagi manfaat penduduk sekitar simpang Jalan Tenom–Meligan/Mendulong.