Advertisement

Lelaki Warga Asing Buat Kerosakan di Surau Guna Batu dan Mengamuk Bawa Tombak Kelapa Sawit Ditahan – Sabah News

TAWAU: Seorang lelaki ditahan polis kerana bertindak membuat kerosakan di sebuah surau di daerah ini dengan menggunakan batu selain mengamuk dan membawa tombak kelapa sawit.

Polis Tawau dalam satu kenyataan memaklumkan, bertempat di Pos Kawalan Kalum Dumpas seorang polis bantuan telah menerima makluman mengenai kejadian itu. 

Bimbang akan keselamatan, laporan telah dibuat di balai polis berhampiran.

“Bertindak atas laporan yang dibuat, sepasukan polis dari Polis Bantuan Brumas Kalabakan telah bertindak menahan suspek seorang lelaki yang dikenalpasti kerana disyaki terlibat dengan kes yang disiasat.

“Turut dirampas sebatang tombak dan sebiji batu.

“Suspek yang juga warganegara asing berusia lewat 30an dan barang rampasan dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut,” katanya di sini, hari ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.