Advertisement

2 Maut, 1 Parah Dalam Kemalangan Lori dan Motosikal di Sepanggar – Sabah News

KOTA KINABALU: Dua lelaki maut manakala seorang remaja cedera parah dalam kemalangan membabitkan sebuah lori dan motosikal di bawah jejambat berdekatan Taman Indah Permai, Sepanggar, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, lori yang datang dari arah Perumahan Kastam dipercayai melanggar lampu isyarat merah sebelum merempuh motosikal ditunggang remaja berusia 15 tahun.

Akibat perlanggaran, lori terbabas lalu melanggar tiang jejambat.

Pemandu lori dan penumpangnya, masing-masing berusia lingkungan 30-an dan 17 tahun, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan.

Penunggang motosikal pula mengalami kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, ACP Kasim Muda berkata, siasatan lanjut masih dijalankan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Beliau menasihatkan pengguna jalan raya agar sentiasa berhati-hati dan mematuhi peraturan, khususnya di kawasan lampu isyarat.