Advertisement

JIM Sabah Hantar Pulang 623 PATI Warga Filipina ke Pelabuhan Zamboanga City – Sabah News

SANDAKAN: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah telah menghantar pulang Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) warga Filipina ke Pelabuhan Zamboanga City, Filipina, kelmarin.

Pengarah Imigresen Negeri Sabah, Datuk Sh Sitti Saleha Habib Yussof berkata, kesemua PATI yang terlibat adalah golongan dewasa dan kanak-kanak berumur sekitar 11 bulan sehingga 79
tahun.

“JIM Sabah telah mendapat kerjasama penuh daripada pihak Kedutaan Republik Filipina bagi pengeluaran Travel Documents
kepada 483 orang Lelaki Dewasa, 80 orang Perempuan Dewasa, 35 orang KanakKanak Lelaki dan 25 orang Kanak-Kanak Perempuan untuk penghantaran pulang ke Zamboanga City Filipina pada petang tadi,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, semalam.

Tambah beliau lagi, sehingga ke hari ini, seramai 3,993 orang warganegara Filipina telah berjaya dipindahkan ke negara asal melalui pintu masuk Negeri Sabah dan menjadikan jumlah keseluruhan warganegara asing yang terlibat dalam program pemindahan tahanan adalah seramai 4,834 orang.

“Kesemua PATI yang dipindahkan telah dipercayai dengan munasabah telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 15(1)(c) dan 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 kerana masuk ke negara ini tanpa pas atau permit yang sah selain tinggal lebih masa.

“PATI tersebut telah selesai menjalani hukuman penjara dan diperuntukkan proses pemindahan ke negara asal setelah
lengkapdokumen perjalanan.

“Kesemua tahanan PATI ini akan disenaraihitamkan dalam sistem Jabatan Imigresen Malaysia mengikut jenis kesalahan yang telah
dilakukan,” jelasnya.

Dalam pada itu, beliau berkata, Jabatan Imigresen Negeri Sabah tidak akan berkompromi dengan mana-mana warganegara asing yang menyalahgunakan pas serta kemudahan yang telah diberikan.

“Tindakan pendakwaan akan dikenakan kepada majikan serta pemilik premis yang menggaji warganegara asing tanpa dokumen perjalanan dan pas yang sah dan individu yang melakukan pelanggaran ke atas syarat pas atau permit seperti yang termaktub di bawah Akta 155 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

“Jabatan juga menasihatkan para majikan dan masyarakat supaya mengambil warganegara asing untuk bekerja di negara ini mengikut saluran yang berlandaskan undang-undang.

“Jabatan ini akan mempergiatkan operasi penguatkuasaan dari semasa ke semasa dalam membanteras PATI di negara ini,” tegasnya.