Advertisement

Anak Ditahan Polis, Ugut Ibu Kandung Guna Pisau – Sabah News

TAWAU: Seorang lelaki ditahan selepas dipercayai mengugut untuk mencederakan ibunya menggunakan sebilah pisau dalam kejadian di kediaman mereka di Kampung Ranggu, Tawau pada Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Jasmin Hussin berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 2 petang apabila suspek mengamuk dan mengambil peralatan tajam seperti pisau sehingga mendatangkan ketakutan kepada mangsa.

“Suspek telah bertindak agresif dengan mengancam mangsa (Ibu Kandung) sehingga menyebabkan ketakutan. Mangsa kemudian tampil di balai polis berhampiran untuk membuat laporan.

“Berikutan dari laporan yang diterima, sepasukan polis dari Balai Polis Sri Indah telah dikerahkan ke tempat kejadian untuk membuat risikan,” katanya dalam satu kenyataan media, semalam.

Katanya lagi, suspek berusia 35 tahun itu berjaya ditahan dan sebilah pisau berukuran 33 sentimeter disyaki digunakan dalam kejadian tersebut turut diserahkan kepada pihak polis.

Suspek bersama barang rampasan kemudiannya dibawa balik ke IPD Tawau untuk tindakan lanjut.

Kes akan di Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.