Advertisement

Pekerja Sabah Electricty Dikhuatiri Hilang di Lokawi – Sabah News

PUTATAN: Seorang pekerja Sabah Electricity (SE) dilaporkan hilang ketika menjalankan kerja-kerja pembersihan di kawasan pencawang Rimba Hill, Lokawi petang kelmarin

Mangsa Aszaman Salleh, 48 tahun, dipercayai hilang sekitar jam 6.30 petang.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah menerima panggilan kecemasan pada jam 6.31 petang melalui talian Balai Bomba Putatan.

Sebaik menerima maklumat, sepasukan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Putatan bersama sebuah jentera LFRT telah digerakkan ke lokasi kejadian sejauh 13 kilometer dan tiba pada jam 6.44 petang.

Menurut Pegawai Operasi, KUP Azlan, pasukan penyelamat segera menjalankan operasi pencarian di kawasan pencawang tempat mangsa dilaporkan hilang.

“Kami menerima maklumat daripada pihak kontraktor Sabah Electricity mengenai kehilangan seorang pekerja mereka selepas selesai kerja-kerja pembersihan. Operasi pencarian dimulakan sebaik tiba di lokasi,” katanya ketika dihubungi.

Turut membantu dalam operasi ialah tiga anggota daripada pihak Sabah Electricity.

Setakat ini, mangsa masih belum ditemui dan operasi pencarian sedang giat dijalankan. Masa operasi terkawal dan masa operasi tamat masih belum ditentukan.

Orang awam yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian ini diminta menghubungi pihak berkuasa terdekat bagi membantu operasi mencari dan menyelamat.

Maklumat lanjut akan dikemas kini dari semasa ke semasa.