Advertisement

Wanita 61 Tahun Cedera, Kaki Tersepit Dalam Penutup Parit Di Inanam – Sabah News





KOTA KINABALU: Seorang wanita berusia 61 tahun mengalami kecederaan selepas kakinya tersepit dalam penutup lubang parit di Jalan Kionsom, Inanam malam tadi.

Pihak Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas menerima panggilan kecemasan pada jam 8.25 malam dan tiba di lokasi kira-kira tujuh minit kemudian.

“Setibanya di lokasi, didapati seorang wanita tersepit kakinya di dalam penutup lubang parit di bahu jalan. 

“Pasukan segera bertindak menggunakan peralatan khas jenis Hydraulic Power Unit untuk mengeluarkan kaki mangsa,” kata seorang pegawai jurucakap agensi.

Mangsa diberikan rawatan awal oleh piha Bomba sebelum dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.

Operasi melibatkan lapan anggota tamat sepenuhnya pada jam 8.42 malam.