Advertisement

Malaysia Belum Sedia Laksana Semula GST – Anwar – Sabah News

LUMUT: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kerajaan belum melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) kerana ia membebankan semua lapisan rakyat, termasuk golongan miskin.

“GST kenakan cukai kepada semua termasuk nelayan, pekebun kecil, tukang sapu. 

“Walaupun ia cekap, kenapa golongan susah juga perlu bayar 6 peratus?” katanya semasa menutup Program MADANI Rakyat Perak 2025 memetik laporan Bernama.

Beliau berkata cadangan pembangkang untuk melaksanakannya ditolak kerana rakyat masih tertekan dengan kos sara hidup.

Anwar berkata GST hanya akan dipertimbang semula jika ekonomi pulih dan gaji minimum meningkat melebihi RM4,000.