Advertisement

Polis Penampang Siasat Kes Curi Kabel Tular – Sabah News

PENAMPANG: Polis Daerah Penampang mengesahkan telah menerima satu laporan hari ini berkaitan kes khianat melibatkan penarikan kabel di sebuah kampung, susulan beberapa video tular di Facebook.

Video berkenaan memaparkan seorang individu dipercayai terlibat dalam perbuatan khianat dengan menarik kabel.

Ketua Polis Daerah, Supt. Sammy Newton berkata disiasat di bawah Seksyen 431A Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun, denda, atau kedua-duanya sekali.

“Kami sedang giat mengesan suspek terlibat.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat untuk menghubungi Pegawai Penyiasat, Insp. Mohd Anis Abdullah di talian 013-6365734.

“Orang awam juga diminta agar tidak memuat naik atau menyebarkan maklumat palsu yang boleh mengganggu siasatan atau menimbulkan kegusaran masyarakat,” katanya dalam sebuah kenyataan.