Advertisement

Warga Emas Maut, Kereta Rempuh Tiang Elektrik Sebelum Terbabas Dalam Longkang di Luyang – Sabah News





KOTA KINABALU: Seorang lelaki warga emas berusia 67 tahun maut selepas kenderaan dipandunya terbabas dan melanggar tiang elektrik sebelum terjatuh ke dalam longkang dalam satu kemalangan jalan raya di hadapan Restoran Wong Kok, Jalan Damai-Luyang, di sini, tengah hari tadi.

Menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS999 pada jam 1 tengah hari dan tiba di lokasi lima minit kemudian.

Menurut Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah, kemalangan membabitkan sebuah Toyota Land Cruiser yang dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh tiang elektrik.

“Seorang mangsa lelaki dikenali sebagai Yong Ket Kong tersepit di bahagian tempat duduk pemandu dan disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pasukan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” kata seorang pegawai jurucakap.

Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Operasi kemudian ditamatkan sepenuhnya pada jam 1.50 petang.