Advertisement

Tiga Suspek Ditahan Dalam Kes Dadah di Kg Tanjung Labian, Lahad Datu – Sabah News

LAHAD DATU: Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJND) IPD Lahad Datu telah menahan tiga lelaki dalam dua serbuan berasingan baru-baru ini di Kampung Tanjung Labian atas kesalahan memiliki dan menyalah guna dadah jenis syabu.

Polis Lahad Datu memaklumkan, dalam serbuan pertama pada jam 10.20 pagi, seorang lelaki warga Indonesia (31 tahun) ditahan dan sebanyak 0.24 gram syabu dirampas. Suspek didapati positif Meth dan Amp.

“Serbuan kedua pula, dua lelaki masing-masing warga Filipina dan Malaysia ditahan. Rampasan melibatkan 0.16 gram dan 0.09 gram syabu. 

“Salah seorang suspek mempunyai rekod lampau dan disahkan positif dadah.

“Ketiga-tiga suspek ditahan untuk tindakan lanjut di bawah Seksyen 12(2) dan 15(1)(a) ADB 1952,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Polis Daerah Lahad Datu akan terus komited membanteras jenayah narkotik dan menyeru orang awam menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti dadah.