SANDAKAN: IGNIS SG (Sabah) Sdn. Bhd. memeterai Perjanjian Konsesi 12+8 tahun bersama Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) bagi memulihkan tapak pelupusan lama di Sungai Sibuga menggunakan teknologi IGNIS 3R, yang dipatenkan secara global.
“Teknologi ini rawat sisa tanpa pembakaran atau pelepasan toksik, selari dengan sasaran Net-Zero 2050 dan prinsip ESG,” kata Pengarah Eksekutif, Dr. Davina Datuk Marcus.
Projek berkonsepkan zero waste-to-landfill itu tidak perlukan pengasingan awal, mampu hasilkan bahan berguna dari sisa lama dan pulih tanah untuk kegunaan masa depan.
Projek dibiayai sepenuhnya melalui inisiatif pembiayaan swasta (PFI) dengan sokongan EXIM Bank Malaysia, tanpa dana kerajaan.
Kini dalam fasa awal pelaksanaan, projek dijangka siap Julai 2026.
Dr. Davina berharap ia jadi inspirasi pemuliharaan alam dan naik taraf imej Sandakan.