KOTA KINABALU: Sinakagon bakal menjadi filem Sabah pertama yang ditayangkan di Netflix.
Laman Facebook filem itu baru-baru ini mengumumkan bahawa ia akan disiarkan di platform terkenal dunia itu apda tarikh yang akan diumumkan kemudian.
Pengeluaran Sabah sepenuhnya itu mempamerkan keindahan budaya dan tradisi negeri.
Lagenda Huminodun mengilhamkan filem itu, yang mengisahkan seorang gadis yang mengorbankan dirinya untuk menyelamatkan kampungnya daripada kebuluran akibat kemarau.
Cerita rakyat ini berkaitan dengan pertandingan tahunan Unduk Ngadau sempena perayaan Tadau Kaamatan.
Diarahkan oleh pengarah baharu, Timothy Stephen, Sinakagon merupakan penerbitan sulung Bamboo Sound Studio.
Barisan pelakon semuanya berasal dari Sabah termasuk Fiona Josepher, Ejin Dinting, Lisa Christy, Esthaer Zaino dan Ron Langad.