KOTA KINABALU, SABAH – Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor yang juga Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mempengerusikan Mesyuarat Ahli Majlis
Tertinggi (AMT) GRS di Sabah International Convention Centre (SICC) pada Jumaat.
Mesyuarat itu dihadiri oleh timbalan-timbalan pengerusi GRS yang juga presiden- presiden parti komponen gabungan tersebut iaitu Datuk Seri Dr. Jeffrey Kitingan dari Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam dari Parti Bersatu Sabah (PBS), Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia dari Pertubuhan
Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) dan Datuk Seri Yong Teck Lee dari Parti Maju Sabah (SAPP).
Naib-naib pengerusi yang hadir terdiri daripada B Tan Sri Liew Yun Fah yang juga Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) dan Datuk Chin Su Pin yang juga Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP).
Hadir sama Ketua Wanita GRS, Datuk Seri Azizah Mohd Dun, Ketua Pemuda GRS, Datuk Jonnybone J.Kurum, Setiausaha, Datuk Seri Masidi Manjun, Bendahari, Ardino Diris, Ketua Penerangan, Datuk Joniston Bangkuai dan AMT-AMT lain.
Antara yang dibincangkan dalam mesyuarat itu termasuklah penubuhan Jentera Pilihanraya Pusat (Negeri) dan penubuhan Jawatankuasa Pengurusan Pilihan Raya.
Parti komponen GRS terdiri daripada Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), SAPP, PBS, STAR, USNO, Harapan Sabah, LDP, dan Parti Cinta Sabah (PCS).