Advertisement

Wanita GRS Hulur Sumbangan Kepada Mangsa Kebakaran Kg Teguli Putatan – Sabah News

PUTATAN: Empat rumah di Kampung Teguli, Jalan Ramayah, di sini, musnah dalam kebakaran pada Rabu mengakibatkan lebih 19 penghuni tinggal sehelai sepinggang.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa atau mangsa dilaporkan cedera dalam kejadian itu.

Ketua Wanita Gabungan Rakyat Sabah, Datuk Seri Panglima Azizah Mohd Dun telah menyampaikan sumbangan kewangan kepada keluarga mangsa kebakaran di Dewan Sri Pulutan, Putatan di sini hari ini.

Menurut Azizah,walaupun kebakaran adalah sebagai satu malapetaka yang tidak dapat dielak, semua pihak perlu sentiasa bersikap berwaspada dan berhati-hati supaya kejadian seperti itu tidak berulang.

“Kita berharap masyarakat setempat agar berhati-hati menjaga aspek keselamatan terutama ketika musim panas yang boleh menyebabkan kebakaran mudah merebak dengan cepat,” katanya.

Sumbangan itu daripada Wanita Parti Gagasan Rakyat bahagian Tanjong Keramat dan Wanita Gabungan Rakyat Sabah.

Hadir sama Ketua Wanita Gagasan Rakyat Tanjong Keramat, Salmah Sait, Pegawai Kebajikan Daerah Nuslindah KK Imbran, Ketua Penerangan GRS, Vyonne Yong serta Wanita Gagasan Raktat Tanjong Rakyat.