SANDAKAN: Pasukan penyelemat menemui seorang penunggang motosikal dalam keadaan separuh sedar selepas terbabas di bahu jalan Taman Fajar Batu 7, sini, tengah malam semalam.
Menurut laporan Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah, motosikal ditunggangi mangsa berusia 20an itu turut terbakar dalam insiden.
Sepasukan 7 anggota Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan bergegas ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan 12.47 pagi.
“Motosikal terbabas sendiri dibahu jalan lalu terbakar 100 peratus.
“Pihak KKM memberi rawatan awal kepada mangsa terlibat dan menghantarnya ke Hospital Sandakan menggunakan Ambulans.
“Pasukan Bomba bertindak memadam kebakaran menggunakan 1 aliran 1 pancutan salur bantu mula dari jentera Bomba,” kata seorang jurucakap agensi.
Operasi kemudian dilaporkan terkawal pada jam 1.02 pagi dan ditamatkan 2 minit kemudian.