Advertisement

SPRM Rakam 15 Kenyataan, Tapi Si ‘Whistleblower’ Masih Senyap Tanpa Imuniti – Sabah News





KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah merakan kenyataan 15 individu termasuk lapan ADUN Sabah dan ‘whistleblower’ (pemberi maklumat) berhubung video yang didakwa skandal rasuah berhubung projek penrokaan mineral di Sabah.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengesahkan bahawa semua kenyataan telah direkodkan pada Sabtu lalu.

Bagaimanapun, Azam berkata si pemberi maklumat masih enggan memberikan sebarang bukti selagi belum mendapatkan imuniti daripada pendakwaan sebagai pertukaran untuk keterangannya.

Menurut laporan Bernama, Azam berkata SPRM telah menerima laporan yang mendakwa pemberi maklumat itu bersubahat dengan pegawai kerajaan negeri Sabah berhubung isu tersebut.

“Kami sedang menyiasat kedua-dua kes itu secara menyeluruh, adil dan profesional,” katanya kepada pemberita pada Hari Anti-Korupsi Antarabangsa pada Isnin.