• PEMIMPIN Umno dan Warisan menggunakan polisi “ Bersalah sehinggakan terbukti tidak bersalah” bukannya berpandukan undang-undang “prinsip tidak bersalah melainkan dibuktikan bersalah”.
• Undang-undang jelas, yang menuduh mesti membuktikan tuduhan, bukan yang dituduh. Orang kena tuduh jika ada fakta dan bukti yang diterima pakai mahkamah, maka perlu membela diri.
• Rakaman video, dengan kandungan yang disunting, hanya berbentuk dakwaan, tiada mana-mana yang berwajib mengesahkan berkaitan dakwaan tersebut.
• Jika dakwaan betul, bukan pada 9 September 2024, kolaborasi antara MalaysiaKini dan perakam serta mantan CEO SMM menyebarkan rakaman video, malah jauh sebelum itu.
• Mereka menunggu isyarat, daripada ketua dalang, mengeluarkan arahan TUKAR KERAJAAN SABAH, maka misi dilaksanakan.
• Berpandukan pada projek pembunuhan karakter menerusi “trial by media” pemimpin Umno dan Warisan, menjadi pendakwa dan hakim sekali gus.
• Kepada rakyat Sabah jangan sesekali terperangkap dengan perbuatan melanggar undang-undang, terperdaya dengan perbuatan kotor dan jijik, sebaliknya perlu berpegang pada keluhuran undang-undang, perlu menegakkan yang benar, dan perlu menolak tindakan-tindakan menghalalkan cara, komplot jahat dan perkara-perkara yang bertentangan dengan undang-undang.
• Tindakan wakil rakyat yang menjadi sasaran menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk merungkai, motif dan dalang rakaman video tersebut, menunjukkan kematangan. Biarlah yang berautoriti menangani urusan yang terkait dengan tanggungjawab mereka.
• Tidak dinafikan, para wakil rakyat tersebut, merasakan dijadikan sasaran daripada berbagai pihak terutama portal berita MalaysiaKini untuk maksud pembunuhan karakter, akan tetapi menerima hakikat, perbuatan seumpama itu antara asam garam sebagai pemimpin politik.
• Apa yang berlaku di sebalik rakaman video yang menyasarkan beberapa wakil rakyat penyokong GRS, merupakan ayam tambatan bagi parti itu di kawasan masing-masing dalam pilih raya.
• Umno dan Warisan, tiada cara lain mengalahkan mereka, dan berpendapat menerusi pembunuhan karakter, maka mereka itu tidak dicalonkan.
• Pemimpin Umno dan Warisan tersalah anggap, menerusi pembunuhan karakter, telah merapatkan saf antara pemimpin kerajaan dan rakyat, kerana dimaklumi dan disedari, tindakan “trial by media” adalah usaha menumbangkan kerajaan dan Ketua Menteri, apabila mereka menjadi pendakwa dan hakim sekali gus.
-Musram
Artikel bukan pendapat SabahNews, tulisan 100 peratus adalah pendapat penulis.