Advertisement

Lelaki Cedera Kaki Kanan, Bahu Kanan Terlibat Kemalangan Toyota Fortuner Dan Lori Treler – Sabah News

Foto: Ihsan Bomba Sabah

TUARAN: Seorang lelaki alami cedera kaki kanan dan bahu kanan selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta Toyota Fortuner dan Lori Treler dalam kejadian di jalan berhadapan Tenghilan Hardware pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran, Mohamad Nor Amit berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 4.39 pagi. 

Katanya, seramai 13 anggota pasukan Bomba dari BBP Tuaran telah dikejarkan ke lokasi kejadian sejauh 22 kilometer dan sampai pada jam 5.07 pagi.

“Lapor setibanya di lokasi kejadian, benar berlaku kemalangan jalan raya yang melibatkan sebuah kereta jenis Toyota Fortuner dan Lori Treler.

“Terdapat seorang mangsa tersepit, iaitu lelaki berusia 45 tahun berjaya dikeluarkan pasukan Bomba menggunakan rescue tool dan dibawa ke Hospital oleh pihak KKM untuk rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.

Setelah memastikan tiada bahaya lain wujud di lokasi kejadian, operasi seterusnya ditamatkan sepenuhnya pada jam 5.23 pagi.