KOTA KINABALU: Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, ACP Kasim Muda memberikan taklimat serta pemahaman kepada ejen dan peniaga mengenai garis panduan penjualan bunga api sempena musim perayaan.
ACP Kasim berkata, taklimat dalam perjumpaan itu turut menerangkan perturan pengimportan serta penjualan bunga api.
“Ia juga memastikan kawalan, penguatkuasaan, dan pematuhan terhadap SOP serta undang-undang,” katanya dalam satu kenyataan.
ACP Kasim telah mempengerusikan perjumpaan bersama ejen dan peniaga bunga api daerah Kota Kinabalu itu di Bilik Mesyuarat IPD Kota Kinabalu, semalam.
Turut hadir dalam perjumpaan ini ialah DSP Halimah binti Abdullah, Ketua Bahagian Pengurusan Daerah; DSP Janeve Sindih, Ketua Cawangan Khas Daerah; DSP Khairul Shah bin Peri, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah; Insp. Siti Suraya binti Abu Bakar, Pegawai Lesen Daerah; serta Sjn Roslan Awang dari Bahagian Persenjataan.
Selain itu, perjumpaan ini turut dihadiri oleh 36 orang ejen dan peniaga bunga api yang mengambil peluang untuk berdialog dan mendapatkan maklumat langsung daripada pihak PDRM.