Advertisement

Kuota PKR? Tiada Isu UPKO Ketuai PH Sabah – Nelson – Sabah News

Datuk Nelson Angang, Setiausaha Agung UPKO

KOTA KINABALU: Tidak wujud isu dalam pemilihan Presiden UPKO Datuk Ewon sebagai Pengerusi PH Sabah yang baru kata Setiausaha Agung UPKO, Datuk Nelson Angang.

Katanya dalam Mesyuarat Agung atau PH Sabah baru-baru ini, kesemua pengerusi dan pemimpin komponen serta perwakilan telah mengambil bahagian dalam proses demokrasi dalam memilih pengerusi PH Sabah yang baru.

“Saya yakin setiap komponen PH Sabah memahami dan menghormati proses pemilihan yang diadakan baru-baru ini kerana ini bukanlah kali pertama.

“Inilah keunikan PH Sabah yang telah diberikan autonomi untuk kami memutuskan kepimpinan Majlis Pimpinan.

“Disebabkan itu jugalah saya yakin tidak wujud campur tangan daripada mana-mana pemimpin PH pusat atas keputusan mesyuarat.

“Jawatan Pengerusi PH Sabah bukannya satu jawatan yang dikhususkan hanya kepada satu parti komponen sahaja.

“Sebab itulah perlembagaan PH memperuntukkan agar pengerusi bagi setiap negeri dipilih setiap kali AGM diadakan,” katanya dalam sebuah kenyataan hari ini.

Nelson berkata kerjasama, persefahaman dan kematangan dalam setiap perbincangan yang dibuat diantara pemimpin PH Sabah akan diteruskan untuk memastikan keutuhan.

Terdahulu dilaporkan bahawa “kuota” kerusi Pengerusi PH Sabah sepatutnya dimiliki PKR lebih-lebih lagi apabila Presiden PKR ialah Perdana Menteri.