Advertisement

Maksimum 15 Tahun Penjara Bagi Pemandu Mabuk Korbankan Dua Beradik Dekat KKIA – Sabah News

KOTA KINABALU: Pemandu mabuk sebuah Toyota Hilux mengaku bersalah di Mahkamah Trafik sini atas pertuduhan menyebabkan kematian dua beradik perempuan berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) pada Ogos 2024.

Walter Witjoanes, 23, didakwa memandu dengan 247mg alkohol setiap 100 ml darah iaitu melebihi had yang sah sehingga mengakibatkan kematian Dg Nurshamirah Dulamit, 27, dan Dg Nurshatirah Dulamit, 24, yang sedang menaiki Perodua Axia pada jam 2.35 pagi 30 Ogos 2024, di lampu isyarat KKIA, Jalan Kepayan.

Tertuduh dihadapan Majistret Wan Farrah Farriza Wan Ghazali turut didakwa mengikut Seksyen 44(1)(b) Akta Pengangkutan Jalan 1987, yang membawa hukuman penjara antara 10 tahun dan 15 tahun dan denda antara RM50,000 dan RM100,000 dan lesen hilang kelayakan jika sabit kesalahan. 

Majistret pada Khamis menangguhkan fakta dan hukuman kepada 23 Jan berikutan permintaan pihak pendakwaan untuk memuktamadkan dokumen.

Tertuduh dibenarkan diikat jamin RM9,000 dengan dua penjamin dan lesen memandunya dirampas dan digantung sehingga kes selesai.