Advertisement

UPKO Diberitahu Jangan Tumpang Usaha PKR Di Tajung Aru – Sabah News





KOTA KINABALU: UPKO diberitahu agar tidak menumpang hasil kerja PKR Sabah di Tanjung Aru sekiranya memilih untuk bertanding pada pilihan raya negeri akan datang.

Ketua Penerangan PKR Sabah Razeef Rakimin berkata demikian sebagai respons kepada kenyataan Ketua UPKO Putatan Dr Marcus Mojigoh yang baru-baru ini mencadangkan parti itu meletakkan calon.

Bekas Ahli Parlimen Puatatan berusia 73 tahun itu berkata beliau akan bertanding sebagai calon bebas jika terpaksa manakala akan menyokong sepenuhnya calon daripada UPKO.

“UPKO sepatutnya membuat kerja terlebih dahulu sebelum menuntut kerusi yang tidak pasti. Tanjung Aru, seperti pembahagian kerusi panas lain, belum dimuktamadkan.

“Jika UPKO mahukan kerusi itu mereka perlu bekerja. Tapi yang buat kerja itu adalah PKR dan segelintir daripada DAP. Kami tidak pernah melihat Upko melakukan apa-apa kerja di sana.

“Cukuplah menumpang kami. Jika Upko ada kekuatan di sana, kenapa tidak? Tetapi kami tidak nampak itu sekarang,” kata Razeef kepada media pada Ahad.

Beliau yakin PKR boleh menang berdasarkan keputusan PRU 2022 yang menunjukkan kemenangan Pakatan Harapan hasil jentera PKR.

“UPKO tidak mempunyai jentera pun di Tanjung Aru,” tambahnya.