NEW DELHI – Pelakon Bollywood Saif Ali Khan, ditikam oleh lelaki tidak dikenali yang memecah masuk runahnya pada kira-kira pukul 2 pagi tadi.
Saif, 54, yang juga seorang penerbit filem kini dirawat di Hospital Lilavati di Mumbai.
Dr Niraj Uttamani dari Hospital Lilavati mengesahkan Saif ditikam enam kali yang mana dua daripadanya adalah dalam.
Dalam satu kenyataan rasmi, Ketua Pegawai Operasi Hospital Lilavati berkata dibawa masuk pada jam 3.30 pagi.
“Dua tikaman dalam ini dekat dengan tulang belakang. Dia sedang dibedah oleh sepasukan doktor yang diketuai oleh Pakar Bedah Saraf, Dr Nitin Dange, pakar bedah kosmetik Dr Leena Jain dan Pakar Anaesthesi Dr Nisha Gandhi.
“Semasa pembedahan saraf selesai, pakar bedah plastik masih membaiki luka. Walau bagaimanapun, Saif sudah keluar dari bahaya. Kami akan memberikan laporan dalam masa sejam,” katanya.
Pasukan Saif telah mengeluarkan kenyataan, dan mengesahkan bahawa terdapat cubaan pecah rumah dan pelakon itu sedang menjalani pembedahan.
“Terdapat cubaan pecah rumah di kediaman Encik Saif Ali Khan. Dia kini berada di hospital untuk menjalani pembedahan.
“Kami meminta media dan peminat bersabar. Ini adalah urusan polis. Kami akan memaklumkan anda tentang situasi ini,” mereka berkata.
Menurut siasatan awal, seorang penceroboh menyerbu masuk ke rumah Saif di bangunan Satguru Sharan, ketika dia sedang tidur.
Pergaduhan tercetus antara pelakon dan pencuri itu dengan si penikam melarikan diri dari tempat kejadian manakala laporan polis telah dibuat di Balai Polis Bandra.
Pihak polis telah mengambil keterangan tiga pekerja di rumah Saif. Seorang pekerja turut cedera dalam kejadian itu. Tujuh pasukan telah dibentuk untuk mengesan suspek.
Satu pasukan mengimbas rakaman CCTV, yang lain akan meninggalkan Mumbai, dan tiga pasukan lain telah berlepas ke kawasan berbeza di Mumbai.