Advertisement

Firma Guaman Beroperasi Di Rumah Dibaling Bom Petrol – Sabah News

Gambar Hiasan

KOTA KINABALU: Sebuah firma guaman berpangkalan di sebuah rumah di sini dibaling dengan bom molotov atau bom petrol pada malam Selasa lalu hingga mengakibatkan kerosakan pada anjung rumah terbabit.

Menurut laporan polis yang dibuat semalam, rakaman keselamatan CCTV menunjukkan dua orang menaiki motosikal berhenti di hadapan rumah itu sekitar jam 8 malam hari itu.

The Malay Mail melaporkan suspek kemudian membakar apa yang dipercayai sebagai bom Molotov, sebelum melemparkannya ke dalam perkarangan di mana ia meletup dan mencetus api.

Peguam yang memiliki firma dan rumah itu, berkata dia menemui serpihan kaca dan kesan api ketika tiba pada kira-kira jam 8 pagi keesokan harinya.

Difahamkan bahawa salah seorang anak guam peguam yang mempunyai pertikaian undang-undang berterusan turut menjadi mangsa serangan Molotov pada Julai 2022.