Advertisement

Rissa Skin Raikan Kejayaan Dan Umum Pelantikan Fattah Amin Sebagai Duta Terkini – Sabah News

MUTIARA DAMANSARA: Rissa Skin, jenama kecantikan yang semakin mendapat tempat di hati pengguna, melakar satu lagi pencapaian gemilang dengan penganjuran majlis Hi Tea eksklusif di Royale Chulan, hari ini.

Acara penuh glamor ini bukan sahaja meraikan kejayaan kempen pemasaran mereka, tetapi juga menjadi platform untuk mengumumkan pelantikan duta baharu yang bakal membawa jenama ini ke peringkat lebih tinggi.

Acara Hi Tea ini diadakan khusus untuk meraikan pemenang bertuah yang telah membeli Putey Whitening Coffee, memberikan sebuah peluang eksklusif untuk menikmati sesi hi-tea bersama Fattah Amin. 

Dalam suasana santai dan mesra, pemenang bertuah berpeluang berinteraksi secara lebih dekat dengan Fattah, sekaligus menjadikan pengalaman ini sebagai satu kenangan istimewa.

Di tengah suasana mewah yang dimeriahkan oleh kehadiran para ahli niaga, rakan media dan pelanggan setia, Rissa Skin berkongsi pencapaian luar biasa mereka dalam industri kecantikan, termasuk kejayaan besar dalam pemasaran digital menerusi TikTok. 

Dengan strategi inovatif dan produk berkualiti tinggi, Rissa Skin terus mengukuhkan kedudukannya sebagai jenama pilihan pengguna yang mementingkan penjagaan kulit.

“Sepanjang penglibatan Rissa Skin dalam industri ini, Alhamdulillah produk kami mendapat sambutan hangat dan berjaya membantu ribuan pelanggan dalam meningkatkan keyakinan diri dan juga memperbaiki kesihatan kulit mereka. 

“Pelbagai maklum balas positif yang kami dapat dan itu adalah pencapaian paling berharga bagi kami,” kata Haji Ahmad Shah Rizal, Pengasas Rissa Skin.

“Fokus kami adalah untuk menghasilkan produk yang berkualiti dengan menggunakan bahan-bahan premium dan teknologi terkini bagi memenuhi keperluan pengguna yang pelbagai.” tambahnya lagi.

Antara momen kemuncak acara ini adalah pengumuman rasmi pelantikan duta baharu Rissa Skin.

Pelakon terkenal, Fattah Amin, yang sebelum ini telah berjaya membawa kejayaan kepada Putey Whitening Coffee, kini diberi tanggungjawab baharu sebagai wajah rasmi untuk produk krim malam Rissa Skin.

Karisma dan kredibiliti Fattah Amin bukan sahaja memperkukuh jenama Rissa Skin tetapi juga memberikan keyakinan kepada pengguna terhadap keberkesanan produk yang ditawarkan.

“Alhamdulillah, saya sangat teruja dan bersyukur dilantik sebagai duta untuk Intensive Repair Night Cream Rissa Skin. Saya harap dapat memberikan yang terbaik dalam peranan baru ini. 

Harapan saya, melalui kerjasama ini saya dapat bantu untuk tingkatkan lagi jenama Rissa Skin.” ucap Fattah Amin, selaku duta baharu bagi produk krim malam Rissa Skin.

Dengan langkah ini, Rissa Skin turut mengorak strategi baharu dalam pengembangan pasaran ke peringkat antarabangsa, khususnya ke negara jiran seperti Indonesia, serta di Brunei dan Singapura di mana jenama ini turut mendapat sambutan yang sangat baik.

Sebagai jenama yang sentiasa komited dalam menghasilkan produk berkualiti tinggi menggunakan bahan-bahan premium semula jadi, Rissa Skin optimis untuk memperluaskan pengaruhnya di peringkat global.