Advertisement

Sabah Negeri Paling Selamat Di Malaysia, Negeri Kedua Selamat Paling Tidak Disangka Orang Ramai





Sabah
Sekadar gambar hiasan ( Sumber Foto: Gambar carian Google )

KUALA LUMPUR – Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud dalam hantaran di Facebooknya meluahkan rasa syukur selepas negeri ini dilaporkan sebagai kedua paling selamat di Malaysia.

Memetik sumber Sinar Harian, beliau berkata, maklumat tersebut hasil laporan terkini mengenai kadar jenayah di Malaysia oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dan Malay Mail yang dikongsi oleh The Vocket.

Menurut kenyataan tersebut, Sabah mencatatkan indeks jenayah paling rendah dengan skor 95, menjadikannya negeri yang paling selamat di negara ini pada tahun 2023.

Ini bermakna kadar jenayah bagi setiap 100,000 penduduk turut meningkat kepada 149 berbanding 146 pada tahun 2022.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan, terdapat lima negeri yang mencatatkan kadar jenayah lebih tinggi daripada purata nasional.

Kuala Lumpur mencatatkan angka tertinggi dengan kadar 221, diikuti oleh Selangor dengan 196, Kedah dan Pulau Pinang masing-masing dengan 193, serta Negeri Sembilan dengan kadar 159.

Untuk rekod, pada pertengahan tahun ini Malaysia berada pada kedudukan ke-10 sebagai negara paling selamat di dunia secara keseluruhan dalam Kedudukan Indeks Keamanan Global (GPI) 2024.

Laporan yang diterbitkan oleh Institut Ekonomi dan Keamanan yang berpangkalan di Sydney, Australia ini turut mengangkat Malaysia sebagai negara ketiga paling selamat di Asia Pasifik, di belakang New Zealand dan Singapura.

Pencapaian ini dipengaruhi oleh beberapa faktor global yang menyaksikan kemerosotan tahap keamanan di 97 negara akibat konflik di Gaza dan Ukraine.

Konflik ini juga menyumbang kepada peningkatan pelarian, yang seterusnya memberi impak besar kepada ekonomi global dan meningkatkan tahap keganasan kepada 19.1 trilion pada tahun 2023.