Advertisement

Banjir Sabah: Hanya Satu PPS Masih Beroperasi Melibatkan 102 Mangsa – Sabah News





Foto: Ihsan APM Sabah

KOTA KINABALU: Hanya satu pusat pemindahan sementara (PPS) masih beroperasi di Sabah susulan banjir yang melanda, menempatkan 102 mangsa daripada 27 ketua isi rumah.

Laporan terkini daripada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Sabah dan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah menunjukkan bahawa hanya satu daerah masih terjejas iaitu Kinabatangan.

PPS yang terlibat ialah Sekolah Agama Negeri Bukit Garam. Tiada kematian dilaporkan setakat ini bagi seluruh negeri

“Pihak berkuasa terus memantau keadaan dan memastikan bantuan disalurkan kepada mangsa yang masih berada di PPS.

“Orang ramai dinasihatkan untuk berwaspada dan mengikuti arahan keselamatan daripada pihak berkuasa,” katanya.