Advertisement

KM HAJIJI IRINGI TYT SABAH KE MESYUARAT MAJLIS RAJA-RAJA  – Sabah News

Oplus_0

KUALA LUMPUR: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor mengiringi Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman sempena Mesyuarat Majlis Raja- Raja Yang Ke-268 di Istana Negara, pada Rabu.

Sultan Kedah, Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah, berkenan mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja, pada Rabu.

Ini adalah Mesyuarat Majlis Raja-Raja yang pertama dihadiri Musa selepas dilantik menjadi Yang di-Pertua Negeri Sabah ke-11 berkuat kuasa 1 Januari 2025.

Terdahulu, Ketua Menteri telah menghadiri mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri ke-145 yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, di Perdana Putra di Putrajaya, pada Selasa.

Pada mesyuarat itu, Ketua Menteri turut diiringi Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Panglima Safar Untong.

Malam tadi, beliau turut menghadiri Mesyuarat Majlis Perundingan Pimpinan Kerajaan Perpaduan Malaysia, di Kompleks Seri Perdana, juga di Putrajaya kira-kira jam 8 malam.