Advertisement

Jalan Tomis Tiong Lokos Kiulu Tuaran Ditutup Sejak Semalam Akibat Tanah Runtuh – Sabah News





Foto: Ihsan JKR Tuaran…

TUARAN: Jalan Tomis Tiong Lokos di kilometer 4.8 Kiulu telah ditutup sementara bermula jam 11 malam semalam akibat kejadian tanah runtuh yang berlaku.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) Tuaran menerusi kenyataan di laman Facebook awal pagi hari ini.

Jurutera JKR Daerah Tuaran dalam kenyataan berkata, penutupan jalan itu dibuat bermula semalam sehingga dimaklumkan kelak.

“Tanah runtuh berlaku disebabkan pergerakan tanah dan kerosakan pembentung di bawah jalan raya tersebut.

“Penutupan dibuat untuk keselamatan pengguna disebabkan pergerakan tanah yang masih aktif seterusnya bagi memberi laluan kepada kerja-kerja sementara pembaikan paip pembentung tersebut,” katanya dalam kenyataan itu di sini, awal pagi ini.

Justeru itu katanya, jalan alternatif yang boleh dilalui dari kawasan tersebut adalah Jalan Pukak Lokub Pahu.

“Pengguna jalan raya dinasihatkan untuk menggunakan jalan alternatif tersebut dan merancang perjalanan masing-masing.

“Mohon patuhi arahan dan papan tanda keselamatan bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku dan segala kesulitan amat dikesali,” katanya.