Advertisement

Lelaki Maut Tersepit, Ford Dipandu Bertembung Lori 10 Tan Di Jalan Tuaran – Kota Belud – Sabah News

Foto: Ihsan JBPM Tuaran…

TUARAN: Seorang lelaki dilaporkan maut selepas kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya bertembung dengan lori 10 tan dalam kejadian kemalangan di Kampung Bunga Tenghilan, Jalan Tuaran Kota Belud petang kelmarin.

Mangsa, Masrie Hairin, 30 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pihak pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), manakala seorang lagi penumpang dalam kenderaan tersebut dilaporkan mengalami cedera parah. 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran, Mohd Nor Amit berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 5.55 petang.

“Lapor kemalangan melibatkan dua buah kenderaan iaitu lori 10 tan dan Ford 4×4. Pemandu di lori, Awang Hamdun Panun, 42 tahun tidak mengalami apa-apa kecederaan, manakala pemandu di Ford yang tersepit Berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba.

“Penumpang di Ford ranger mengalami cedera parah dan telah di bawa ke Hospital Tuaran oleh Ambulans KKM untuk menerima rawatan susulan.

“Pemandu Ford disahkan meninggal dunia oleh pihak KKM dan diserahkan kepada PDRM bagi Tindakan susulan,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, semalam.

Setelah memastikan tiada lagi bahaya yang wujud operasi ditamatkan pada jam 6.31 petang.