Advertisement

AirAsia Tawar Diskaun 20% Bagi Semua Tempat Duduk Dalam Semua Penerbangan – Sabah News

SEPANG: AirAsia terus komited untuk menawarkan tambang berpatutan dengan tawaran diskaun 20 peratus bagi semua tempat duduk dalam semua penerbangan untuk memberikan lebih pilihan.

Terbang ke destinasi domestik popular seperti Pulau Pinang, Johor Bahru, Miri, Kota Kinabalu, dan banyak lagi serta nikmati keindahan pantai memukau atau kepelbagaian makanan lazat dengan diskaun hebat.

Bagi yang ingin menerokai destinasi antarabangsa, terbang ke Singapura, Da Lat, Seoul, Kaohsiung, Beijing, Changsha, Perth, Jaipur, Nairobi, Almaty dan banyak lagi dengan diskaun sebanyak 20 peratus! Tambang diskaun is bermula serendah RM75 sehala termasuk semua* dari Kuala Lumpur.

Pilih tempat duduk yang lebih selesa dan nikmati diskaun tambahan 20 peratus untuk pilihan seperti Hot Seat, tempat duduk di tepi Laluan, di tepi tingkap, Zon Senyap dan banyak lagi

Tempah sekarang sehingga 16 Mac 2025 untuk perjalanan antara 24 Mac hingga 30 November 2025 di airasia.com atau aplikasi AirAsia MOVE!

*Diskaun 20 peratus adalah untuk tambang asas sahaja sah untuk semua tempat duduk bagi semua penerbangan domestik dan antarabangsa. Tambang sehala termasuk semua bermula daripada RM46 (Domestik); RM75 (Antarabangsa), termasuk caj perkhidmatan penumpang, surcaj bahan api, dan fi lain yang berkaitan .Tertakluk kepada terma dan syarat.

**Promosi Pilih Tempat Duduk hanya sah semasa tempahan penerbangan awal. Tertakluk kepada ketersediaan. Tertakluk kepada terma dan syarat.