Advertisement

Mangsa Siling Runtuh Segama Terpaksa Dipotong Kaki – Sabah News

KOTA KINABALU: Seorang wanita warga China terpaksa dipotong kaki kirinya selepas mengalami kecederaan serius apabila siling sebuah restoran runtuh pada Jumaat lalu.

Memetik laporan The Star, suaminya mengesahkan doktor tidak dapat menyelamatkan kakinya dan pembedahan segera diperlukan.

Wanita itu juga perlu menjalani pembedahan kedua akibat kecederaan pada tulang belakang.

Restoran halal Cina itu, yang terletak dalam bangunan empat tingkat di kawasan komersial Segama, diusahakan oleh anak pasangan berkenaan sejak dua tahun lalu.

Mereka datang ke Sabah untuk bercuti sambil membantu anak mereka menguruskan restoran tersebut.

“Kami tidak menyangka perkara ini akan berlaku,” katanya, sambil menambah bahawa anaknya sedang berbincang dengan pemilik premis.

Difahamkan, penyewa restoran sebelum ini mengadu mengenai kebocoran air dan serpihan konkrit yang jatuh dari siling, yang merupakan lantai unit di tingkat pertama.

Penduduk di unit atas restoran telah dipindahkan sementara siasatan ke atas struktur bangunan sedang dijalankan.