KOTA KINABALU, SABAH – Borneo Island International Big Bike Festival (BIIBBF) Kali Ke-22 akan berlangsung selama tiga hari di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC).
Presiden Sabah Big Biker Association, Datuk Osman Ahmed berkata, BIIBBF merupakan satu program terbesar di Kepulauan Borneo yang bertujuan memupuk silaturahim dalam kalangan penggemar-penggemar motosikal berkuasa tinggi dari dalam dan luar negara mulai Jumaat ini.
“Setakat ini, peserta yang telah mengesahkan dan mendaftar adalah seramai 1,150 ribu orang yang terdiri dari Malaysia termasuk negara luar antarnya Brunei, Indonesia, Singapura, Thailand, Myanmar, Republik Korea, India dan Afrika.
“Antara pengisian menarik yang bakal diadakan dalam festival tersebut ialah City Ride iaitu konvoi motorsikal mengelilingi Bandaraya Kota Kinabalu melibatkan lebih 500 ratus buah motosikal dan perasmian program dijangka akan dilancarkan oleh Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Hannah Yeoh.
“Harapan kami ialah dapat membawa Negeri Sabah itu sendiri dari segi pelancongan ataupun dari segi permotoran dan kami juga mengharap di masa akan datang program ini akan lebih besar lagi.
“Disamping itu, kami juga mencadangkan program seperti ini diadakan setiap tahun seperti dengan acara-acara yang lain,” katanya kepada media selepas sesi temubual SABAHfm dalam segmen “Kita Cerita #Kitakongsi di konti SABAHfm.
Dalam sesi temubual bersama SABAHfm, Osman turut menjelaskan acara tersebut dianjurkan secara bergilir-gilir dimana pada tahun lepas Brunei telah menjadi penganjur.
“BIIBBF di anggotai oleh lima kelab induk utama iaitu Sabah Big Bikers Association mewakili Sabah, PEMODA dari Brunei, IMBI dari Indonesia, BIBB (Sarawak) dan LA Riders mewakili Wilayah Persekutuan Labuan.
“Secara objektifnya festival ini dilaksanakan sebagai pemangkin hubungan perdagangan, ekonomi dan sosial dalam sektor permotoran khususnya dan sektor pelancongan secara amnya di samping memupuk semangat setia kawan dan kesedaran keselamatan jalan raya buat para peserta dan orang awam,” jelas beliau.
Hadir sama, Setiausaha Kehormat Sabah Big Bikers Association, Norazley Ammat. — JABATAN PENERANGAN SABAH