KUCHING, SARAWAK: Seorang wanita membawa kenderaan Myvi yang tular di media sosial menunjukkan jari tengah kepada pemandu lain di Jaaln Batu Kawa Sabtu lalu, kini jadi suspek buruan polis.
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Mohd Irwan Hafiz Md Radzi berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian daripada seorang lelaki tempatan berusia 18 tahun pada 5.50 petang semalam.
Beliau berkata, semasa pengadu memandu di Jalan Batu Kawa, sebuah kereta yang dipandu oleh seorang wanita telah bertindak menunjukkan isyarat jari tengah.
“Kejadian terbabit tular di laman sosial.
“Pemandu wanita terbabit juga telah dikenal pasti,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.
Kes kini disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan.
Orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa memandu secara berhemah.