Advertisement

Trump Kembali Sebagai Presiden AS Ke-47

Donald Trump (kanan) kembali sebagai Presiden ke-47 Amerika Syarikat dengan menewaskan Kamala Harris (kiri) pada pilihan raya AS 2024 yang selesai pada Rabu…

AMERIKA SYARIKAT – Donald Trump telah dipilih semula sebagai presiden ke-47 Amerika Syarikat, kemunculan semula yang luar biasa bagi bekas presiden yang enggan menerima kekalahan empat tahun lalu.

Sebelum ini beliau pernah mencetuskan pemberontakan ganas di Capitol A.S., disabitkan dengan tuduhan jenayah dan terselamat daripada dua percubaan pembunuhan.

Calon Republikan itu telah melepasi 270 undi yang diperlukan untuk memenangi pilihan raya presiden AS 2024 dan merampas semula ‘White House’.

Trump menewaskan pesaingnya, calon Demokrat Kamala Harris, dengan memenangi negeri-negeri penting, termasuk North Carolina, Georgia, Pennsylvania, dan Wisconsin.

Trump pertama kali dipilih sebagai presiden pada 2016, mengalahkan bekas Setiausaha Negara Hillary Clinton

Pada 2020, beliau dikalahkan oleh Joe Biden, yang berkhidmat sebagai naib presiden di bawah Presiden Obama.

Kemenangan itu akan menjadikan Trump satu-satunya presiden AS yang berkhidmat secara tidak berturut-turut, selepas Grover Cleveland, yang berkhidmat dua penggal pada akhir 1800-an.

Sehingga Julai, Trump telah bertanding menentang penyandang Presiden Joe Biden, yang sedang mencari penggal kedua.

Selepas beraksi buruk dalam perdebatan Jun menentang Trump, Biden menghadapi tekanan untuk berundur yang dia lakukan beberapa minggu kemudian untik menyokong naib presidennya Kamala.