Advertisement

Warga Emas Maut Tercampak 16 Meter Berdekatan Sabindo





Kemalangan
Mayat mangsa di lokasi kejadian kemalangan membabitkan motosikal ( Sumber Foto: Ihsan IPD Penampang )

PENAMPANG, SABAH – Seorang penunggang motosikal berusia 75 tahun maut tercampak sejauh 16 meter selepas dipercayai hilang kawalan lalu terbabas berhampiran lampu isyarat Sabindo, Putatan, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Penampang Supt. Sammy Newton berkata hasil siasatan awal pihak polis di lokasi kejadian mendapati penunggang motosikal dari arah Kota Kinabalu menuju ke Papar.

“Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang menerima maklumat awam mengenai kemalangan pada jam 4.30 pagi.

“Akibat kemalangan tersebut, mangsa lelaki tempatan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan bertugas.

“Mayat telah dihantar ke Jabatan Forensik, Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu untuk tujuan bedah siasat,” katanya dalam sebuah kenyataan hari ini.

Kes disiasat dibawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 manakala saksi kejadian diminta berhubung dengan Pegawai Penyiasat Insp. Saparia Ladoni di talian 019-8095133 untuk membantu siasatan.