Advertisement

Lima Kereta Dihempap Pokok Tumbang Di KKIA – Sabah News





Bomba
Anggota pasukan bomba mengalihkan kayu pokok yang telah dipotong ( Sumber Foto: Ihsan JBPM Sabah )

KOTA KINABALU, SABAH – Tiga buah Perodua Viva, satu Kancil dan sebuah Proton X70 kemek dihempap pokok tumbang di tempat letak Kereta Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu hari ini.

Sepasukan tujuh anggota Balai Bomba dan Penyelamat Kota Kinabalu tiba di lokasi dalam masa 7 minit selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 6.29 petang.

“Pasukan bomba bertindak memotong dan mengalihkan pokok tumban menggunakan gergaji berantai.

“Setelah memastikan tiada bahaya lain yang wujud operasi ditamatkan,” lapor seorang jurucakap agensi.

Operasi membabitkan bantuan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia kemudian ditamatkan pada pukul 7.15 malam.