Advertisement

BEKALAN TENAGA MAMPAN PERKUKUH PEMBANGUNAN SOSIO-EKONOMI SABAH: KM HAJIJI – Sabah News

Hajiji
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor (dua dari kanan) melakukan gimik pecah tanah Projek Loji Janakuasa 100MW Kimanis Power (dua) dan Sambutan Ulang Tahun Ke-15 Kimanis Power Sdn Bhd di Stesen Janakuasa Kimanis, Papar ( Sumber Foto: Ihsan JKM Sabah )

SSB: Bekalan tenaga mampan perkukuh pembangunan sosio-ekonomi Sabah – Hajiji Noor

PAPAR, SABAH – Bekalan tenaga yang mencukupi dan mampan akan meningkatkan kualiti hidup rakyat Sabah serta memperkukuh pembangunan sosio-ekonomi negeri.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata kerajaan negeri sentiasa komited untuk terus memperkasakan pengurusan sumber dan pembangunan sektor tenaga di negeri ini menerusi Pelan Induk Hala Tuju Tenaga Sabah 2040 (SE-RAMP 2040).

Menurutnya, SE-RAMP 2040 adalah satu langkah penting bagi kerajaan negeri untuk memastikan bekalan tenaga yang mampan, akses yang adil dan menyeluruh, serta kos ymampu milik, selaras dengan aspirasi erajaan untuk memberikan bekalan elektrik kepada seluruh rakyat Sabah.

“Di bawah pelan itu, Majlis Tenaga Sabah (MTS) telah ditubuhkan bagi memantau, menyokong, serta memberikan panduan terhadap pelaksanaan inisiatif jangka pendek, sederhana dan panjang yang dirancang.

“MTS dalam mesyuarat keduanya bulan Ogos lalu telah meluluskan beberapa projek kritikal bagi pembangunan penjanaan berkapasiti 700 Megawatt (MW) untuk mengukuhkan Sistem Grid di Sabah.

“Projek Loji Janakuasa 100MW oleh Kimanis Power (Dua) Sdn.Bhd ini adalah antara projek yang diluluskan untuk memastikan bekalan elektrik mencukupi bagi memenuhi keperluan industri dan masyarakat kita.

“Projek ini sudah pasti mampu mengukuhkan lagi sumber dan bekalan elektrik negeri Sabah sekaligus dapat memastikan kesejahteraan rakyat negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pecah Tanah Projek Loji Janakuasa 100MW Kimanis Power (Dua) Sdn Bhd dan Majlis Sambutan Ulang Tahun Ke-15 Kimanis Power Sdn Bhd di Stesen Janakuasa Kimanis, Papar, di sini, hari ini.

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Safar Untong, Pengarah Yayasan Sabah, Datuk Ghulam Haidar Khan Bahadar, Pengerusi Invest Sabah Berhad, Senator Datuk Seri Anifah Aman dan Pengerusi Eksekutif Innoprise Corporation Sdn Bhd, Datuk Jasnih Daya.

Hajiji berkata, menerusi kerjasama erat diantara Kumpulan Yayasan Sabah dan PETRONAS Gas Berhad, Kimanis Power telahnberkembang sebagai Penjana Tenaga Bebas yang memainkan peranan penting dalam memastikan kestabilan bekalan elektrik di Sabah.

Katanya, sektor tenaga merupakan pemacu penting dan antara penyumbang terbesar kepada ekonomi Sabah sejak beberapa dekad yang lalu.

Menurutnya, projek itu akan dapat memenuhi
peningkatan permintaan tenaga di negeri ini.