RANAU: Seorang wanita berusia 74 tahun ditemukan rentung manakala dua orang cucunya melecur dalam kebakaran melibatkan 2 buah rumah di Kampung Muhibbah awal pagi tadi.
Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah melaporkan telah menerima panggilan kecemasan berhubung kes pada jam 1.20 pagi.
Kata seorang jurucakap, sepasukan 9 anggota Balai Bomba dan Penyelamat Ranau tiba ke lokasi berjarak 1 kilometer dalam masa 2 minit.
“Rumah pertama berukuran 50’X60′ kaki telah terbakar 99 peratus manakala rumah kedua berukuran 50’X50′ kaki telah terbakar 50 peratus.
“Turut terbakar 2 buah kenderaan iaitu Toyota Hilux Single Cab terbakar 100 peratus manakala sebuah Perodua Myvi terbakar 4 peratus.
“Mangsa Wong Ling Ying ditemui di ruang tamu rumah pertama selepas dipercayai jatuh dari biliknya di tingkat atas manakala mangsa melecur ialah seorang perempuan 9 tahun dan lelaki 11 tahun,” jelasnya.
Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.